Thursday, May 28, 2009

RM18,000 untuk pemenang Suria FM

Stesen radio Suria FM akan menganjurkan kempen istimewa Suria FM Senyum dan Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi, bermula 1 Jun dan berakhir pada 3 Julai nanti.

Ketua Pegawai Operasi, Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, sebagai tanda terima kasih pihak mereka akan mengadakan kempen yang memberi peluang kepada pendengar memenangi RM18,000 jika gambar mereka terpilih.

Menurutnya, cara-cara untuk menyertai kempen tersebut ialah pendengar hanya perlu merakamkan gambar secara kreatif bersama Tuah dan Zizi di destinasi terpilih menerusi siri jelajah Suria FM ke seluruh negara dan penyertaan kemudiannya dihantar menerusi online di www.suriafm.com.my.

“Antara destinasi siri jelajah termasuklah Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Kelang. Manakala bagi yang terlepas peluang bergambar secara ‘live’, mereka boleh merakamkan gambar kreatif menerusi replika khas krew Breakfast@Suria yang diletakkan di cawangan-cawangan Mydin terpilih selain Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bahru dan Plaza Alam Sentral Shah Alam,” katanya semasa sidang media baru-baru ini.

Emran berkata, objektif kempen tersebut untuk merapatkan lagi hubungan antara penyampai Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi dengan pendengar di luar serta mempopularkan lagi Tuah dan Zizi kepada khalayak.

Menurutnya, pemenang utama kategori gambar kreatif akan memenangi wang tunai RM10 ribu dan pemenang kedua bakal membawa pulang RM 5 ribu, manakala hadiah harian berjumlah RM 3 ribu, yang mana pendengar Suria berpeluang memenangi RM100 setiap hari.

“Bermula 1 Jun, satu gambar kreatif terpilih akan dipaparkan di laman web setiap hari dan satu soalan berkaitan gambar yang dipaparkan akan disebut oleh Tuah dan Zizi menerusi segmen Breakfast@Suria.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: