Friday, May 29, 2009

Nicole Scherzinger cari cincin pertunangan yang unik

BINTANG handalan Amerika Syarikat, Nicole Scherzinger dikhabarkan sedang mencari cincin pertunangannya dengan pemandu Formula One, Lewis Hamilton.

Selebriti itu sibuk melawat beberapa kedai menjual permata untuk mencari sebentuk cincin bertatahkan berlian.

"Dia sedang mencari berlian dan ingin sesuatu yang unik," menurut laporan media.

"Dia berjaya menemui cincin Cartier yang disukainya, tetapi bimbang orang lain turut memilikinya," tambah sumber itu.

Nicole telah berpacaran dengan Hamilton untuk setahun.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: