Thursday, May 28, 2009

Mischa Barton suka bereksperimen dengan pakaian 'gila'

Mischa Barton

WALAUPUN orang lain menyifatkan cara pemakaiannya agak nutty ('gila'), aktres Hollywood Mischa Barton tetap menyukai citarasanya.

Akuinya, dia sedar akan perkara itu tetapi ini tidak menghalangnya daripada terus 'bereksperimen'.

"Beberapa tahun lalu, orang lain ingat saya gila kerana memakai cekak rambut dan 'fringing'. Tetapi, cara pemakaian saya menjadi lebih popular baru-baru ini," menurut sumber.

"Saya membesar dengan gambar-gambar Marianne Faithfull dan Anita Pallenberg digantung di dinding. Mereka mempunyai stail yang saya idam-idamkan.

"Saya merupakan replika 70-an yang ganjil. Bagaimanapun, saya berasa lega trend itu kembali popular," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: