Friday, May 29, 2009

Mana Setangginya di IB






altTeater Mana Setangginya sudah banyak kali dipentaskan. Namun masih ada yang menanti pementasan terbaru.

Karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan itu akan dipentaskan lagi di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13 hingga 21 Jun 2009.

Mana Setangginya mengangkat cerita mengenai kemanusiaan sejagat yang masih relevan dalam kehidupan hari ini.

Di dalamnya terangkum komuniti yang berpecah-belah disebabkan kelemahan manusia sendiri seperti iri hati, dengki dan tamak haloba.

Nilai tradisi dan moden dipentaskan dengan sebuah karya teater yang penuh dengan nilai simbolik. Ia amat kena dengan situasi yang berlaku sekarang.

Apabila ada perasaan hasad dengki dan berpecah-belah, mudahlah pihak luar masuk dan menguasai. Di samping berhibur dapat juga kita renungkan maksud tersirat di sebalik apa yang dipaparkan.

Nyata sekali sebuah karya yang baik boleh diguna pakai dalam masa yang lama.

Kali ini Mana Setangginya diarahkan oleh Zaifri Hussin, seorang aktivis teater terkenal. Ia membariskan Yony Yusuf, Sabrina Ali, Azizah Mahzan dan ramai lagi.

altalt

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: