Thursday, May 28, 2009

Lelaki kuat cipta rekod tarik bas dengan rambut


JIANMA pecah rekod rakyat Malaysia di Zhuzhou, China baru-baru ini.


BEIJING - Seorang lelaki kuat mencipta rekod apabila menarik sebuah bas seberat 8.28 tan dengan menggunakan ekor rambutnya di Zhuzhou, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, He Jianma meminta isterinya mengikat rambutnya sebelum dia menarik kenderaan itu sejauh 30 meter di sebatang jalan raya yang disaksikan oleh sejumlah penonton.

Beberapa pegawai Guinness World Records mengesahkan rekod itu.

Mereka menyatakan Jianma berjaya memecahkan rekod seorang rakyat Malaysia yang menarik kenderaan seberat 7.87 tan dengan rambutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: