Thursday, May 28, 2009

Kate sempat buat panggilan 'seksi' pada A-Rod

Kate Hudson

PERHUBUNGAN Kate Hudson dengan kekasihnya, Alex Rodriguez (A-Rod) bertambah intim. Baru-baru ini, aktres The Bride Wars itu difahamkan membuat panggilan 'seksi' pada Alex di waktu malam.

Menurut satu sumber, pelakon wanita itu dilihat berciuman dengan Alex di restoran Mustang Grill di New York.

Laporan media melaporkan: "Walaupun Hudson sedang membuat penggambaran di Oklahama, dia masih ada masa untuk berintim dengan A-Rod menerusi panggilan telefon pada waktu malam."

Kate, 30, membesarkan anaknya, Ryder, 5 - hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Chris Robinson.

Dia baru-baru ini dikaitkan dengan bekas teman lelakinya, Owen Wilson.

Kawan-kawan Kate dan Alex menegaskan mereka saling terpikat antara satu sama lain.

Seorang kenalan berkata: "Apabila dia tiba di Stadium Yankee, dia akan duduk di tempat persendirian bersama A-Rod. Mereka kelihatan 'gila-gila' apabila bersama."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: