Friday, May 29, 2009

Hanya senyum, menang RM18,000


ANDA hanya perlu senyum dan kemudian berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM18,000. Caranya cukup mudah iaitu hanya rakamkan gambar dua penyampai radio Suria FM, Tuah dan Zizi secara eksklusif dan wang tunai lumayan bakal menjadi milik anda.

Kempen Suria FM Senyum & Menang dianjurkan sebagai tanda terima kasih stesen yang mengetengahkan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti itu kepada pendengar yang memberikan sokongan sehingga menyumbang kepada pertambahan jumlah pendengar.

Kajian terbaru yang dikeluarkan AC Nielsen menunjukkan Suria FM menyaksikan peningkatan pendengar hampir 200,000 orang daripada 596,000 pendengar kepada 747,000.

Suria FM Senyum & Menang akan bermula 1 Jun ini dan berakhir 3 Julai depan. Mereka yang ingin merebut wang tunai lumayan hanya perlu merakamkan gambar secara kreatif bersama penyampai Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi di destinasi terpilih menerusi siri jelajah ke seluruh negara yang akan diadakan Suria FM di beberapa lokasi iaitu Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Klang.

Jika anda ingin mengejar Tuah dan juga Zizi, anda boleh mendapatkan lokasi dan masa mereka ke sana menerusi laman web www.suriafm.com.my atau boleh mendapatkan maklumat dengan mendengar siaran Suria FM.

Bagaimanapun bagi pendengar yang mungkin terlepas peluang bergambar secara langsung dengan Tuah dan Zizi, mereka juga boleh menggunakan alternatif lain dengan merakamkan gambar kreatif menerusi replika khas krew Breakfast@suria yang akan diletakkan di beberapa cawangan Mydin terpilih iaitu Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bahru dan Plaza Alam Sentral Shah Alam. Penyertaan juga boleh dihantar secara online ke laman web Suria fm.

Pemenang utama bagi kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10,000. Manakala pemenang tempat kedua pula berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM5,000. Manakala hadiah RM 3,000 menanti pendengar bertuah yang berpeluang memenangi RM100 sehari.

Bagi mengetahui sama ada penyertaan anda layak untuk memenangi wang tunai lumayan. Layari laman web Suria FM setiap hari kerana sekeping gambar paling kreatif akan dipaparkan di laman berkenaan. Sementara itu, satu soalan berkaitan gambar kreatif yang dipaparkan akan diajukan Tuan dan Zizi menerusi segmen kendalian mereka.

Untuk mengetahui apakah jawapannya, pendengar perlu mendaftar sebagai VIP Suria FM di laman web mereka terlebih dulu dan kemudian hubungi bilik studio di talian 03-40411053 untuk memberikan jawapannya.

Pada minggu terakhir kempen itu bermula 29 Jun sehingga 3 Julai, lima gambar kreatif terpilih akan dipaparkan serentak dan proses undian secara on line dibuka kepada pendengar Suria fm.

Setiap hari, sekeping gambar yang mendapat undian terendah akan di keluarkan. Bagi membolehkan pendengar memenangi RM 100, mereka perlu menjadi pengundi bertuah dengan memberikan slogan terbaik.

Kemuncak kempen ini akan berlangsung pada 3 Julai nanti, di mana dua pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi akan dibawa ke studio untuk bersama-sama Tuah dan Zizi. Undian pendengar akan menentukan pemenang tempat pertama dan kedua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: