Friday, May 29, 2009

Dengarnya...: Waheeda bengang dengan Akhil Hayy


MINGGU ini Cik Normah nak undi kisah cinta tiga segi Waheeda, Akhil Hayy dan Maizawati sebagai kisah panas nombor satu dalam carta. Sebagai wanita, Cik Normah sebenarnya simpati kepada kedua-dua wanita ini kerana masing-masing sibuk nak menegakkan kebenaran masing-masing.

Bagaimanapun dalam pada mendakwa dirinya tidak terkesan dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan isteri Akhil, Cik Normah dengar cerita Waheeda sebenarnya amat tertekan dengan tindakan Maizawati.

Cik Normah tidak tahu sejauh mana betulnya cerita ini tetapi mengikut sumber yang Cik Normah dengar, hampir separuh gila penyanyi itu dengan keberanian Maizawati. Bukan saja marahkan Maizawati, Waheeda juga kononnya bengang dengan sikap Akhil yang tak mahu tampil secara terbuka menerangkan letak duduk sebenar apa yang terjadi.

Tak tahulah bagaimana cara dia meluahkan tekanannya itu tapi kalau tak silap Cik Normah, Waheeda menjerit-jerit macam orang sasau untuk melepaskan rasa geram, marah, kecewa, sakit hati dan macam-macam lagi. Bukan itu saja, beberapa barang di rumahnya juga habis dijahanamkan bagi melepaskan geram. Simpati Cik Normah dengan ceritanya.

Mungkin Waheeda tertekan sebab tak tahan dengan cemuhan masyarakat. Maklumlah masyarakat kita ni sebelum tahu letak duduk sebenar sesuatu perkara, mudah sangat nak menghukum.

Kita tidak tahu di pihak Maizawati mungkin juga ada kesilapannya yang mungkin menyebabkan Akhil terasa hati. Iyerlah kita tak tahu apa kedudukan sebenarnya. Lagipun itu hal rumah tangga orang. Okaylah Cik Normah tak nak campur cuma berharap ada jalan penyelesaian di sebalik masalah mereka.

6 comments:

  1. sian u wawa..apa kata try wat solat taubat..manatau ni dugaan sebab berkawan dgn suami org tlalu rapat cmtu lah kesannya..sabar okie..if u sakit..maiza pun sakit gak..amacam ustaz akhil.x kan buat de je...u all kena trima lah suma ni u all yg pilih jalan ni..kena pikir risiki baik buruk berkawan rapat dgn org yg dh kawin

    ReplyDelete
  2. waheeda ckp je lebih dari taik biawak...last2
    kahwin dengan laki org jugak...
    xkan hina mcm tu

    ReplyDelete
  3. apa la dosa waheda kome hentam wei.......

    benda yang halal tetap halal
    jangan salahkan takdir Allah

    ReplyDelete
  4. da 2 buat ape xnk bermadu?akil pn sengal..
    artis ni ALLAH duga skit da terpesong..
    g mampos la akil+waheeda..korg ni mmg hina btol..

    ReplyDelete
  5. Semasa saya singgah ke Terengganu, saya diberitahu bahawa sebelum maiza menikahi akil. Maiza sebenarnya seorg isteri yg meninggalkan suaminya kerana tergila2kan akil. So, kalau benarlah cerita tu, sprt kata pepatah "What goes around will comes around" ... Wallahuallam.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: