Friday, May 29, 2009

Dengarnya...: Balasan tinggalkan suami buru lelaki lain


CIK Normah hanya termanggu-manggu sebaik mendengar cerita Sakura Sepi yang tragis dan menusuk jiwa itu. Tak faham sungguh Cik Normah dengan sikap wanita yang sanggup meninggalkan suami semata-mata untuk bersama dengan lelaki lain. Tapi Tuhan tu Maha Kaya, setiap perbuatan kita sama ada baik mahupun buruk pasti ada balasannya.

Macam kisah yang disampaikan Sakura pada Cik Normah. Kata Sakura, dia tidak terkejut apabila rumah tangga pasangan ini berada di hujung tanduk, dan dia bukanlah hendak menyalahkan si suaminya saja. Tetapi dalam hal ini Sakura menuding jari pada isterinya sebab katanya, sewaktu zaman kegemilangan jejaka ini, isterinya itu terhegeh-hegeh nak memikatnya hingga lupa statusnya sebagai seorang isteri.

Disebabkan sudah terlalu asyik masyuk bercinta maklumlah si jejaka pula boleh tahan kacak dan popular, wanita itu sanggup meninggalkan suaminya semata-mata untuk bersama kekasih barunya. Melara jiwa suaminya apabila si isteri sudah gila bayang.

Setelah beberapa tahun menyulam kasih dengan jejaka idaman, rumah tangga yang dilayari bertahun-tahun dilanda badai.

Jadi kata Sakura, sesuailah dengan muka wanita itu. Hidup ini ibarat roda, apa yang kita lakukan akan dikembalikan kepada kita. Jadi awas, jangan ikut kata hati. Berfikir sewaras-warasnya sebelum melakukan sesuatu!

1 comment:

  1. salam...
    kalu nak tau nilah kisah ustaz rock kita dgn bekas isterinya... maizawati masa tu dah beranak dua tp krn gilakan bekas kekasihnya si akhill tu, sanggup tinggalkan suami yg baik budi pekerti... sbb tu dua anak skrg dijaga oleh maizawati dan yg lain2 dgn akhil. yg maizawati jg tu anak dgn suami dulu...
    wallahu'alam

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: