Thursday, May 28, 2009

Datuk K jawab gosip kahwin lagi

Terbaru, pada minggu lalu heboh tersebar gosip yang mengatakan Datuk K berkahwin baru. Malah gosip yang tersebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dikatakan telah menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan peminat tetapi juga rakan-taulan sehinggakan ada yang menghubungi Datuk K sendiri untuk mendapatkan kepastian.

“Saya dah tak rasa apa-apa dah. Ini bukan kali pertama gosip mengarut begini disebarkan. Hakikatnya pada hari saya dikatakan melangsungkan perkahwinan itu (Ahad lalu), seharian saya menghabiskan masa bersama keluarga.

“Pada sebelah paginya saya dan Siti menemani anak saya menonton wayang dan membeli-belah sedikit barangan keperluannya di Pavillion dan pada sebelah malamnya pula saya menghadiri majlis perkahwinan anak kepada pemilik butik Lord’s Tailor. Malah ketika salah seorang kenalan menghubungi saya untuk bertanyakan tentang hal itu, isteri saya ada di sebelah saya,” katanya.

Ketika ditanyakan apakah dia mahu isterinya, Datuk Siti Nurhaliza mengundur diri dari bidang nyanyian bagi menghentikan gosip-gosip yang tidak benar mengenai rumah tangga mereka.

“Kalau saya minta Siti berhenti menyanyi dan menjadi suri rumah sepenuh masapun, gosip akan tetap ada. Itu bukan jaminan untuk menghentikan semua gosip yang melanda kami berdua. Orang akan tetap bercakap kerana itu memang sudah menjadi lumrah. Jadi, biarlah mereka.

“Hakikatnya, saya tidak sampai hati mahu ‘mengambil’ Siti daripada para peminatnya. Saya tidak sanggup untuk melakukan perkara itu. Saya akan izinkan Siti untuk menyanyi selagi mana dia diterima peminat asalkan dia tidak mengabaikan tanggungjawab dia dalam rumah tangga,” tegas Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa.

Menurut Datuk K yang ditemui ketika menemani Siti di majlis sidang media pengumuman Konsert Eksklusif Satu Siti Nurhaliza di Istana Budaya turut memberitahu, biarkan usia perkahwinannya bersama Siti sudah memasuki tahun ketiga, masih ada yang berasa kurang senang dengan perkahwinan itu dan berusaha untuk menjatuhkan mereka.

“Saya tak nafikan, memang ada sekumpulan yang kurang senang dengan kebahagiaan kami dan cuba nak buat macam-macam. Mungkin mereka mengharapkan Siti ‘single’ kembali. Sebab itulah asyik nak bercerita yang bukan-bukan.

“Soal Siti pergi umrah tanpa saya baru-baru ini juga menjadi isu. Ingin saya jelaskan, ketika Siti membuat umrah baru-baru ini, saya terlibat dengan urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Jadi, saya cadangkan Siti meneruskan saja niat mengerjakan umrah itu bersama ibu, abang, kakak dan adiknya.

“Dalam masa yang sama, saya mahu memberikan ruang untuk Siti bersama keluarga," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: