Friday, May 29, 2009

Bos F1 dengan gadis muda


ECCLESTONE keluar dengan Missy dari restoran Nobu di London baru-baru ini.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone yang sudah berpisah dengan isterinya keluar dari sebuah restoran di sini dengan seorang gadis berumur 16 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ecclestone keluar dari restoran Nobu pada Selasa lalu dengan gadis tersebut, Missy Mallick yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-16.

Menurut bos F1 itu: "Bapa gadis itu merupakan seorang peguam dan rakan baik saya. Beliau menjemput saya menghadiri parti ulang tahun kelahiran Missy yang ke-16 di Nobu.

"Kami memutuskan untuk berjalan bersama tetapi saya berasa bimbang. Gadis itu terlalu muda untuk saya."

Ecclestone dan isterinya, Slavica berpisah pada tahun lalu selepas 14 tahun mereka hidup bersama.

Dokumen mahkamah menunjukkan Slavica yang kini tinggal di Chelsea Harbour, London Barat mengemukakan petisyen untuk bercerai pada November lalu dengan menyatakan kelakuan suaminya menyebabkan dirinya berasa tertekan dan bimbang.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa Ecclestone yang kuat bekerja menyebabkan perpisahan itu berlaku.

Bagaimanapun, Ecclestone yang berumur 78 tahun mempunyai kekayaan dianggarkan berjumlah £2.4 bilion (RM13.45 bilion).

Pakar-pakar undang-undang menjangkakan bekas isterinya itu akan menerima sebanyak £1 bilion (RM5.6 bilion) akibat perceraian tersebut.

Pasangan itu bertemu buat pertama kali pada 1982 pada perlumbaan F1 di Itali.

Mereka mempunyai dua anak perempuan iaitu Tamara dan Petra.

Kekayaan Ecclestone menyebabkan dia pernah menduduki tempat pertama dalam senarai individu paling kaya kelolaan akhbar Sunday Times beberapa kali.

Beliau turut menjadi sebahagian pemilik kelab bola sepak Queen's Park Rangers.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: