Friday, May 29, 2009

Bakal pengantin kecewa projek jalan lepas kahwin


NORAINI kecewa apabila projek naik taraf jalan kampung ke rumahnya di Kampung Fikri, Setiu hanya akan dilakukan selepas majlis perkahwinannya bulan depan.


KUALA TERENGGANU – Hasrat bakal pengantin, Noraini Ibrahim, 27, untuk melihat jalan yang sempurna ke rumahnya di Kampung Fikri, Setiu sebelum majlis perkahwinannya pada 6 Jun ini tidak kesampaian.

Ini kerana projek pembinaan jalan baru itu hanya bermula selepas tender dikeluarkan Julai ini dan kosnya pula dianggarkan RM100,000.

Kos yang tinggi itu juga mengesahkan kebimbangan Noraini bahawa modal yang dikeluarkannya daripada duit hantaran berjumlah RM3,000 untuk menambak jalan itu, jauh daripada mencukupi.


KERATAN Kosmo! semalam.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Fikri, Adnan Mohamad, permohonan pembinaan jalan itu sudah dikemukakan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) beberapa bulan lalu.

“Kita sudah membuat penilaian dan kerja mengukur telah dibuat,’’ katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai pengorbanan Noraini yang menebalkan muka meminta pendahuluan wang hantaran sebanyak RM3,000 daripada bakal suaminya untuk menambak jalan berkenaan selepas banyak aduan kepada pihak berkuasa tidak dilayan.

Noraini terpaksa mengeluarkan modal sendiri kerana tidak mahu rombongan pengantin lelaki dan 5,000 tetamu majlis perkahwinannya terpaksa mengharungi lopak untuk sampai ke rumahnya.

1 comment:

  1. Itulah masalah kalau pilih pemimpin cap ayam dari Parti Cap Ayam @ 1malaysia.....

    sibuk buat projek ntah apa-apa, sampai runtuh2 habis bangunan....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: