Friday, May 29, 2009

Aksi Diana, Suki dan Alif hadiri PLKN

POPULARITI bukan alasan buat tiga artis remaja; Diana Danielle (pelakon dan model), Suki (penyanyi dan juara One In A Million musim pertama) dan Alif (penyanyi, pengacara dan pemenang tempat ketiga OIAM musim pertama) mengelak daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini.

Penyertaan mereka dalam PLKN bagaimanapun sedikit berbeza daripada rakan-rakan lain kerana aksi mereka dirakamkan untuk siaran televisyen. Dalam program yang mula dirakamkan 19 Mac lalu ini, antara yang dipaparkan ialah pengalaman ketiga-tiga selebriti ini sepanjang menjalani latihan di Kem Princess Haliza, Sepang yang turut menempatkan 440 pelatih lain. Antaranya kesedihan Diana sewaktu mula-mula tiba namun seminggu kemudian, dia dilantik menjadi Timbalan Penghulu Wirawati berdasarkan prestasinya yang cemerlang.

“Selama ini ramai yang mendapat gambaran yang salah tentang PLKN. Kebanyakan pelatih kurang berminat dan ibu bapa juga kurang memberi galakan kerana banyak berita-berita negatif tersebar. Namun dengan adanya Project N S, saya berharap ia dapat mengubah persepsi masyarakat tentang PLKN,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abd Hadi Awang Kechil ketika merasmikan program dokumentari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: