Thursday, April 30, 2009

Ziyi bikin kontroversi lagi




Zhang Ziyi yang membatalkan perkahwinannya dengan bilionair Israel, Vivi Nevo dilaporkan telah menimbulkan kontroversi menerusi filem terbaru lakonannya, The Horsemen.

Filem yang menampilkan lakonan utama aktor terkenal Hollywood, Dennis Quaid itu menampilkan Ziyi menerusi watak Kristin Spitz, seorang gadis China yang dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga di Amerika Syarikat.

Filem yang mula ditayangkan di Singapura pada Rabu lepas itu bagaimanapun dikatakan mengandungi beberapa babak yang menampilkan Ziyi dalam keadaan memalukan.

Dalam satu babak, aktres kelahiran Beijing itu melutut di depan Quaid dan tangannya kemudian meramas punggung lelaki itu. Dalam satu babak lain, ditonjolkan foto Ziyi 'ditunggang' seperti kuda oleh seorang lelaki.

Media massa China telah menyelar Ziyi kerana tergamak melakonkan watak itu. Menurut akhbar Lianhe Wanbao, lakonan Ziyi itu dilabelkan sebagai 'memalukan masyarakat China'.

Persoalan timbul adakah watak lakonan Ziyi itu merupakan isyarat kepada satu langkah ke belakang bagi pelakon Asia?

Seorang pengkritik filem China, Yong Shu Hoong yang mengulas watak lakonan Ziyi itu berkata: "Sebagai pelakon, sesetengah watak yang dilakonkan adalah memalukan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: