Thursday, April 30, 2009

Rasuah bantu dapat 'Datuk Seri'


DARI kiri, Mohd. Afandi, Rahizalkhiri, Mohd. Amirul dan Shamsul Yusri yang didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Empat lelaki termasuk seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan meminta rasuah bagi membantu seorang ahli perniagaan mendapat gelaran Datuk Seri, Februari lalu.

Rasuah yang diminta adalah berbentuk wang tunai RM350,000, dua buah telefon bimbit dan perkhidmatan seks.

Pesara tentera terbabit, Rahizalkhiri Rahim @ Umar, 34, bersama rakannya, Shamsul Yusri Mohamad @ Ahamed, 38, didakwa meminta wang tunai dan telefon bimbit daripada Mohd. Imran Abdullah, 34, untuk membantu Lim Kok Han, 70, memperolehi Darjah Kebesaran Negeri Perak yang boleh membawa gelaran Datuk Seri.

Perbuatan itu didakwa berlaku di dalam sebuah bilik No. 11, Cayenne KTV, Hotel Holiday Villa Subang Jaya di sini antara pukul 8.30 malam dan pukul 9.30 malam 27 Februari 2009.

Dua lagi tertuduh, Mohd. Afandi Mohd. Zambri, 41, dan Mohd. Amirul Erwan Mohd. Roslan, 32, pula didakwa meminta seorang perempuan bagi tujuan mengadakan seks daripada Mohd. Imran, sebagai dorongan membantu Kok Han atas tujuan yang sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu dalam dua waktu berasingan antara pukul 7 malam dan 8 malam, dan antara pukul 7 malam dan pukul 9.50 malam, masing-masing di bilik No. 10 dan No. 33 di hotel yang sama pada 19 Februari dan 4 Februari 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: