Thursday, April 30, 2009

Lady Gaga akui kurang bertuah dalam percintaan

Lady Gaga tidak tahu mengapa dirinya tidak bertuah dalam mencari kekasih

LADY Gaga cukup berkeyakinan tinggi bila di pentas, namun bila berbicara tentang lelaki, dia akui dirinya amat pemalu.

Kata penyanyi berusia 23 tahun, dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya tidak bertuah dalam mencari kekasih.

"Saya seorang yang amat yakin dengan diri sendiri setiap kali saya membuat persembahan. Saya juga cukup yakin dengan tubuh badan dan gaya pemakaian saya.

"Tetapi saya tidak cukup yakin bila bercakap tentang lelaki. Itu adalah kelemahan saya yang ketara," katanya.

Tambah Gaga: "Amat pelik sebenarnya kerana saya percaya saya adalah seorang yang seksi. Tetapi entah mengapa saya tiada tuah dalam hal mencari teman lelaki.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: