Wednesday, April 29, 2009

Katie diharamkan merokok


TOM amat menitikberatkan kesempurnaan dalam menjalani hidup bersama isterinya, Katie dan anak mereka, Suri.


KATIE HOLMES telah diharamkan daripada merokok oleh suaminya, aktor Tom Cruise. Cruise dikatakan tidak menyenangi tabiat merokok Katie sejak akhir-akhir ini.

Satu sumber memberitahu Contactmusic: "Tom menjalani kehidupan yang berdisiplin dan dia menggalakkan Katie mendalami agama untuk menjadikan kehidupan mereka lebih sempurna.

"Tom berasa kecewa apabila Katie kembali menghisap rokok dan dia cuba melakukan yang terbaik untuk membantu isterinya membuang tabiat yang buruk itu."

Ini bukan pertama kali Tom, 46, cuba masuk campur tentang bagaimana Katie, 30, seharusnya berkelakuan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: