Thursday, April 30, 2009

Isi padu air sungai menurun




SETENGAH abad yang lalu, kebanyakan sungai terbesar di dunia menunjukkan kemerosotan isi padu air yang mengalir dengan petunjuk yang signifikan di satu pertiga sungai yang dikenalpasti. Satu analisis di 925 sungai utama dunia dari tahun 1948 hingga 2004 menunjukkan bahawa aliran air di sungai telah menurun.

Kekurangan aliran air di Lautan Pasifik hampir-hampir menutup Sungai Mississippi, menurut satu kajian daripada Jurnal Cuaca Persatuan Meterologi Amerika. Satu-satunya kawasan yang menunjukkan kemajuan dalam pengaliran air ialah di kawasan Artik di mana faktor pemanasan global meleburkan ais dan salji, kata ketua pengkaji Aiguo Dai dari Pusat Kebangsaan Kajian Atmosfera di Boulder, Colo, Amerika Syarikat (AS).

"Bekalan air tawar akan berkurangan di kebanyakan kawasan yang berpopulasi tinggi dalam beberapa dekad akan datang di kawasan yang beraltitud rendah. Semuanya akibat perubahan cuaca," kata Dai. "Kehilangan glasier di atas gunung gunung di daratan Tibet dan lain-lain akan menimbulkan lebih banyak masalah."

Antara sungai utama yang menunjukkan peningkatan negatif ialah Amazon, Congo, Changjiang, Mekong, Ganges, Irrawaddy, Amur, Mackensie, Xijiang, Columbia dan Niger.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: