Thursday, April 30, 2009

Dengarnya... Pingat untuk artis tak berapa menyerlah


SEJAK akhir-akhir ini, ramai juga golongan artis yang diberikan penghargaan termasuklah penganugerahan pingat oleh kerajaan sesebuah negeri. Ada yang membawa gelaran Datuk, ada juga yang sekadar pingat menghargai jasa mereka, tanpa gelaran apa-apa.

Baru-baru ini pula, Cik Normah dengar berita, dua artis tempatan turut menerima pingat dalam kategori kedua tadi. Maknanya, penghargaan yang diterima itu tidaklah sampai memerlukan Cik Normah menggunakan perkataan Datuk pada pangkal nama mereka.

Bukan soal dapat Datuk ke tidak yang hendak Cik Normah perkatakan di sini. Sebaliknya, jasa seorang daripada artis yang menerima pingat tadi tidak pun Cik Normah rasa nampak di mana-mana. Memanglah dia anak seni, tetapi jumlah produk hasil pembabitannya dalam bidang itu boleh dibilang dengan jari tangan saja.

Ramai juga kawan Cik Normah yang berpandangan sesama sendiri apabila mengetahui nama artis itu turut naik untuk menerima pingat terbabit. Cik Normah dapat agak, apa kata hati mereka ketika itu. Yalah, jasa tidak seberapa, tetapi macam mana pula dia boleh dihargai sebegitu rupa?

Cik Normah tidak salahkah pihak yang memberi pingat itu. Tapi rasanya pihak yang mencadangkan supaya nama artis ini diberikan pingat yang patut dipersoalkan.

Lainlah kalau dia pernah mengadakan kempen besar-besaran membantu golongan miskin atau anak yatim, membina madrasah untuk pelajar menuntut ilmu dunia dan akhirat, mengadakan konsert khas untuk menyedarkan orang ramai terhadap keselamatan bumi dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: