Wednesday, April 29, 2009

Dengarnya... Artis terkenal ditampar suami


RASA panas pula pipi Cik Normah yang gebu ini apabila seorang rakan yang boleh tahan kepohnya bercerita mengenai nasib seorang artis wanita negara ini.

Khabarnya, artis ini yang cuba berpesan dengan kebaikan, balasan penampar daripada suami yang diterima.

Kononnya, si isteri sangat baik hati menemankan suaminya keluar bersantai bersama rakan-rakan. Tetapi, santai suami lain macam bentuknya, apabila dia dan dua lagi rakan memilih untuk menikmati air kencing setan. Perhimpunan santai itu pula dikatakan cukup tersembunyi, bimbang ada mata-mata nakal yang ternampak lalu melaporkan kepada pihak yang tidak ‘sepatutnya’.

Apabila acara minum-minum itu selesai, khabarnya si artis wanita ini pun cubalah menasihati suaminya agar mengurangkan perbuatan tidak elok itu. Masalahnya, si suami yang tidak lagi dikawal akal itu tidak menyambut teguran itu dengan rasa insaf. Sebaliknya, mudah saja dia melayangkan tangan, menampar muka isteri yang pastinya terkedu dek reaksi spontan suami.

Kasihan sungguh Cik Normah pada artis terbabit. Niat hatinya cukup baik, menegur untuk melihat suami berubah. Sayangnya, tindakan murninya itu tidak dihargai lelaki tadi. Jawapannya, cap merah lima jari di pipi.

Kalau Cik Normah ada sekali masa kejadian tu, tentu Cik Normah bagi kaki kat suami artis ini. Biar dia rasa sakitnya kalau diri kita diperlakukan sebegitu rupa. Tak cukup kaki, Cik Normah rasa hendak sagat saja mukanya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: