Thursday, April 30, 2009

Ayesha Dharker keluar daripada siri Weatherfield

Ayesha nekad untuk berhenti daripada program Weatherfield

BARU enam bulan menyertai program Weatherfield, aktres Amerika-India, Ayesha Dharker telah membuat keputusan untuk berhenti daripada membintangi siri tersebut.

Bekas bintang Bollywood yang membawakan watak Tara Mandal dalam rancangan itu dikatakan akan keluar bulan depan.

Babak terakhirnya akan menyaksikan teman lelakinya Dev Alahan (Jimmi Harkishin) yang sering menipu akan dimalukan secara dahsyat.

"Saya seronok membawakan watak Tara kerana ia berbeza dengan karektor sebenar saya," katanya.

Dharker sebelum ini pernah muncul di dalam filem Star Wars Episode II: Attack of the Clones dan Doctor Who.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: