Thursday, April 30, 2009

33 ditahan mahu bolos ke Indonesia naik bot usang


INILAH bot yang membawa 33 rakyat asing yang ditahan di perairan Kuala Langat Sabtu lalu.


PELABUHAN KLANG - Dengan caj tiket sebanyak RM4,675 satu kepala, seramai 33 warga asing termasuk dari Iraq, Pakistan dan Afghanistan sanggup meredah lumpur paya bakau sebelum menaiki sebuah bot usang untuk belayar ke Indonesia secara haram.

Bagaimanapun, hajat kesemua warga asing itu terhalang apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Marin (PGM) bersama tiga pendatang asing tanpa izin Indonesia di Perairan Kuala Langat dekat sini, pukul 3.40 pagi Sabtu lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah Satu, Deputi Supritendan Marzuki Ismail berkata, bertindak daripada maklumat, pasukannya menahan 33 warga asing dan seorang tekong warganegara Indonesia yang sedang dalam perjalanan ke Indonesia.

"Ini merupakan tangkapan pertama melibatkan rakyat Iran, Pakistan dan Afghanistan yang ditangkap bersama tekong laut," kata beliau pada sidang akhbar di Pengkalan Marin, Pulau Indah di sini semalam.

Daripada 33 ditahan, 16 ialah rakyat Afghanistan iaitu sembilan lelaki, dua wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan; 14 lelaki Pakistan, tiga lelaki Iraq selain dua lelaki dan seorang wanita Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: