Monday, March 30, 2009

Tragedi duka duda, dara


BUAT peminat rancangan percintaan tempatan, TV9 menayangkan sebuah lagi drama hebat lakonan Ako Mustapha, Bienda, Irma Hasmie dan Rozita Che Wan dalam Duda & Dara.

Mengisahkan kehidupan seorang duda bernama Inderasyah yang sudah tiga tahun bercerai. Bekas isterinya, Zeti pula bersetuju memberi hak penjagaan anak mereka, Iradat dan Nina kepada Indera.

Dengan bantuan ibunya, Khaleda Indera berjaya membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang. Pada masa sama, Iradat menjalin hubungan cinta dengan Syanie sejak perpisahan dengan isteri pertama.

Namun, badai menimpa percintaan antara Indera dan Syanie apabila Indera diarah mengetuai sebuah projek di kawasan pedalaman.

Setelah berpindah ke kampung itu, Indera bertemu Ridah, gadis kampung yang penuh dengan ciri-ciri keMelayuan serta berpegang teguh pada ajaran agama.

Indera mula jatuh hati dengan Ridah. Hubungan mereka semakin akrab memandangkan Iradat dan Nina belajar mengaji al-Quran dengan Ridah.

Namun, Khaleda yang menyukai Syanie menentang keras hubungan Indera dan Ridah. Konflik semakin meruncing apabila Zeti kembali menuntut hak penjagaan anak daripada Indera.

Dapatkah Zeti merampas anaknya daripada Indera? Siapa bakal memiliki hati Inderasyah? Adakah Indera akan terus setia dengan Syanie? Atau adakah gadis kampung seperti Ridah berjaya membuka hati Indera?

Untuk mengetahui kesudahan drama bersiri yang mengisi slot Drama Jumaat ini, saksikan Duda & Dara setiap Jumaat, jam 9.35 malam. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini bersiaran sejak 13 Februari lalu.

Jangan ketinggalan menyaksikan barisan rancangan menarik yang pasti menyayat hati di samping memberi pengajaran ketika bersantai bersama keluarga dan teman!

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: