Monday, March 30, 2009

‘Spiderman’ kantoi di tangan JAIP


SALAH satu pasangan yang ditahan penguat kuasa JAIP di sebuah hotel murah di Jalan Penjara dalam operasi maksiat di sekitar bandar Kuantan semalam.


KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak ala ‘Spiderman’ semata-mata mahu menyelamatkan diri daripada ditangkap berkhalwat di sebuah hotel murah di Lorong Tun Ismail 7 di sini semalam.

Dengan berbaju merah putih, lelaki berusia 25 tahun itu keluar melalui tingkap dan melekap di dinding pada ketinggian kira-kira 15 meter semasa pintu biliknya diketuk penguat kuasa JAIP.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik berkenaan hampir setengah jam sebelum dibuka oleh seorang wanita.

Semasa pemeriksaan awal, hanya wanita itu sahaja didapati berada di dalam bilik tersebut, bagaimanapun perbuatan lelaki itu dapat dikesan apabila penguat kuasa menemui sepasang kasut lelaki dan dua keping cermin tingkap kaca di atas meja bilik hotel itu.

Apabila dijenguk ke luar tingkap, lelaki tersebut dilihat sedang bersembunyi dengan melekapkan diri pada dinding.

Lelaki tersebut selepas itu turut mengancam untuk terjun dari tingkat dua hotel berkenaan jika gambarnya dirakamkan oleh pihak media yang menyertai operasi mencegah maksiat itu.

Selepas 10 minit dipujuk, lelaki tersebut yang bertugas sebagai penjawat awam di ibu negara akhirnya bersetuju masuk semula melalui tingkap berkenaan sebelum diberkas bersama pasangannya yang berusia 21 tahun dan berasal dari Rompin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: