Monday, March 30, 2009

Pelakon, pengacara Yatt diijab kabul


ABDUL MUTALIB menyarungkan cincin nikah di jari manis isterinya, Haryati di Rasah Kemayan, Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN – Pelakon terkenal, Haryati Hamzah, 29, atau dikenali Yatt, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 29, di kediamannya di Vision Homes, Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini semalam.

Yatt yang juga pengacara televisyen itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Seremban, Abdul Manas Md. Isa dalam majlis secara sederhana kira-kira pukul 2.45 petang dengan disaksikan kedua-dua ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan serta saudara-mara terdekat.

Ketika ditemui Kosmo!, Yatt yang sudah empat tahun mengenali suaminya itu melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dengan kelancaran majlis pernikahan tersebut.

“Syukurlah segalanya selamat dan kami sudah sah bergelar suami isteri. Saya mengharapkan kebahagiaan setelah bergelar suami isteri ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: