Monday, March 30, 2009

MUH muncul terbaik dalam Hits 1 Akhir


KUMPULAN Meet Uncle Hussain (MUH) yang menang dalam dua kategori pada pertandingan Hits 1 Akhir Musim ke-6 di Kuantan, malam semalam.


KUANTAN – “Kemenangan bukan perkara utama.”
Sebaliknya apa yang lebih penting bagi vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain, Lan ialah kejayaan memperjuangkan muzik independent atau indie di negara ini.

Perjuangan kumpulan tersebut ternyata berjaya apabila ditabalkan sebagai juara kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Untukmu dipilih sebagai Lagu Terbaik pada Pertandingan Hits 1 Akhir Musim ke-6 di sini malam semalam.

Lan berkata, kemenangan kumpulannya pada pertandingan Hits 1 adalah bukti bahawa muzik indie yang diketengahkan kumpulan mereka selama ini kian mendapat tempat di kalangan peminat muzik dan masyarakat tempatan.

“Ia terbukti apabila lagu kami turut menjuarai Anugerah Juara Lagu 23 (AJL23) sebelum ini.

“Bagaimanapun, kemenangan bukan perkara pertama kerana bagi kami adalah memperjuangkan muzik indie di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pertandingan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: