Sunday, March 29, 2009

Lady Gaga ingin hidup di era 60-an

Lady Gaga teringin untuk hidup di zaman era 60-an dan cuba menawan hati John Lennon

"SEKIRANYA saya hidup ketika era 60-an, saya pastinya akan cuba menawan hati John Lennon dan sanggup bersaing dengan isterinya, Yoko Ono."

Demikian pengakuan penyanyi Amerika, Lady Gaga, 23, atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta yang menegaskan dirinya dilahirkan pada era yang salah.

Malah tegasnya, dia pasti mampu menyesuaikan diri dengan baik semasa zaman The Beatles mencapai kemuncak kemasyhurannya.

"Saya amat yakin sekiranya saya berada di tahun 1968, saya mungkin bukan merupakan Lady Gaga seperti hari ini.

"Saya mungkin akan bertengkar dengan Yoko Ono dan cuba memenangi hati John Lennon," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: