Monday, March 30, 2009

Gayah Gebu: Mendalami watak ke?


SUDAHLAH dimarahi dan dicederakan, gaji pula tak bayar. Kalau tertangguh sebulan, bolehlah lagi dimaafkan, tetapi kalau setahun... apa kau ingat orang gaji kau itu hamba abdi? Kalau tak mampu, tak payah ambil orang gajilah. Suka hati saja buat orang begitu.

Apa nak jadilah dengan artis ini. Padan muka kau sebab orang gaji kau buat laporan polis. Padan muka juga sebab kisah kau jadi perhatian media.

Walaupun tanpa nama, jangan ingat orang tak tahu kau siapa. Ada yang tahu OK! Gayah tahu siapa kau.

Sungguh tak ku sangka, buruk juga perangai kau. Sebelum ini tak ada pula Gayah dengar kau buat hal, tetapi akhirnya tembelang kau pecah.

Tak dapat Gayah bayangkan bagaimana situasi kau ketika mencengkam tangan orang gaji kau sampai lebam jadinya. Agaknya sama macam ketika kau berlakon watak perempuan gila yang terjerit-jerit macam terkena histeria.

Sebab itu orang gaji kau takut sangat sampai pergi buat laporan polis. Hmmm... kalau tidak pun, kau nak mendalami watak bagaimana cemas dan tertekannya jiwa seorang pembantu rumah yang dilayan sesuka hati oleh majikannya. Eh... bukan kau pernah berlakon jadi pembantu rumah? Opss!

Gayah harap peristiwa ini jadi pengajaran paling berharga sebab kau kena ingat, benda yang tak elok lama kelamaan akan terbongkar, apatah lagi kau artis.

Kau mungkin sedar, dengan terkeluarnya kisah kekejaman kau, terbongkar juga kisah rumah tangga kau. Kau berselisih faham dengan suami sampai tak bagi dia masuk ke rumah.

Huh! Gayah sangka, di kalangan artis, rumah tangga kau paling bahagia, rupa-rupanya tidak begitu. Tak apalah, Gayah bersangka baik. Biasalah... sedangkan lidah lagi tergigit.

Kita tunggu saja apa tindakan yang bakal dikenakan terhadap artis itu. Sekali lagi Gayah harapkan yang terbaik, mungkin itu kesalahan pertamanya.



Sebelum berundur, Gayah nak luahkan perasaan tidak puas hati. Apa ilmu yang digunakan penganjur konsert besar baru-baru ini sampai boleh buat sesuka hati.



Artis yang dibawa tidak mendapat kebenaran (permit), tapi boleh main belasah saja teruskan persembahan artis itu. Hebat!

Cuba kalau artis kita buat hal, terus saja kena gantunglah, amaranlah. Sungguh tidak adil!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: