Monday, March 30, 2009

Dengarnya...: Linda Jasmine berbadan dua


TAHNIAH Cik Normah hendak ucapkan kepada pasangan Que Haidar dan Linda Jasmine. Bukan tahniah atas perkahwinan mereka, sebab sudah beberapa bulan mereka berkahwin. Kali ini Cik Normah hendak ucapkan tahniah atas rezeki yang nampaknya cepat menyebelahi pasangan ini.

Cik Normah diberitahu, Linda kini sudah pun berbadan dua. Wah, tentunya Que ialah suami paling gembira saat ini apabila mengetahui isterinya bakal melahirkan zuriat pertama hasil perkongsian hidup mereka.

Kisahnya, si Que dan Linda dikatakan sepatutnya menghadiri rakaman sebuah program televisyen bersama-sama. Namun, akhirnya Que seorang saja yang tiba. Apabila ditanya, Que memberitahu, Linda kini hamil tiga minggu dan dia dinasihatkan tidak terlalu aktif bagi menjaga keselamatan kandungan.

Cik Normah sudah terbayangkan betapa kini Linda mengalami sekali lagi nikmat mengandungkan anak, seperti ketika dia mengandungkan anak sulungnya, Qalif Khan, kira-kira sembilan tahun lalu. Pada masa yang sama, tentunya dia sudah mula pening-pening, macam kawan Cik Normah di pejabat ini. Usia kandungan kawan Cik Normah pun lebih kurang sama dengan usia kandungan Linda. Wah, boleh bersalin sama-samalah nanti.

Que dan Linda bernikah di Bora Ombak, Ampang pada 14 Februari lalu. Beberapa minggu lalu, mereka diraikan pula dalam majlis meriah ala kampung di Taib Andak, Kulai, Johor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: