Saturday, March 28, 2009

Album penghargaan

altSekarang anak seni tempatan semakin mendapat perhatian dan penghargaan. Semakin ramai yang dapat anugerah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Sri dan Tan Sri. Penyanyi juga semakin ramai yang membawa gelaran.

Antara mereka ialah Datuk Sharifah Aini, Datuk D. J. Dave, Datuk Sheila Majid dan Datuk Khadijah Ibrahim. Kesemua mereka masih aktif menyanyi malah semakin banyak undangan mengadakan persembahan.

Syarikat EMI dan Warner Music mengedarkan kompilasi lagu-lagu terbaik mereka dalam siri Satu Penghargaan, khusus kepada empat insan seni yang telah banyak dan lama menabur bakti dalam seni.

Album-album tersebut dalam dalam pekej CD berkembar memuatkan 28 hingga 40 buah lagu terbaik masing-masing.

altAlbum Sharifah Aini memuatkan lagu-lagu antaranya, Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung, Terbang Helang, Penyakit Cinta dan.

Turut dimuatkan, lagu-lagu Jatuh Cinta, Surat Dari Seberang, Burung Pungguk, Pengorbanan, Teratai dan lain-lain. Album ini memuatkan 40 buah lagu.

Album Khadijah yang memuatkan 28 buah lagu pula ada lagu berhantunya Ku Sangka Siang Kiranya Malam, Sehari Dalam Cinta, Kugembira Di Sampingmu serta lagu Aku Dia Dan Malam.

Tidak ketinggalan Kupendam Sebuah Duka, Kuingin Lari, Potret Kasih, Badai Semalam, Titisan Kasih dan banyak lagi.

Album D.J. Dave pula pastu tak sah tanpa lagu-lagu ala Hindustan antaranya, Ingin Bersua, Pesanan, Mana Janjimu, Cahaya, Suara Hati, Saat Yang Ku Nanti, Seruling kasih, Kucium Pipimu, Nora dan lain-lain.

Peminat Sheila Majid pula jangan lepaskan peluang menyimpan album Satu Penghargaan yang memuatkan 26 buah lagu.

Antaranya Sinaran, Antara Anyir Dan Jakarta, Dia, Warna, Legenda, Gerimis Semalam, Hitam Putih Kehidupan, Pengemis Muda, Wanita, mengapa Kasih, Kumohon, Embun dan lain-lain.

Sesungguhnya album ini bakal membawa satu tanda ingatan terstimewa buat insan seni yang bertuah ini.

Ia juga boleh menjadi album kenangan kepada peminat keempat-empat penyanyi yang boleh digelar legenda yang masih hidup.

Mereka telah menempah pelbagai kejayaan altsepanjang lebih 30 tahun dalam bidang seni.

Kesemua cakera padat berkembar siri ini dijual dengan harga RM25.90. Pada masa pasaran album yang lembab sekarang, eloklah miliki album kompilasi yang harganya jauh lebih murah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: