Wednesday, February 25, 2009

Rozita sudah pandai demand?




TERKEJUT badak juga apabila Papa mendengarkan kisah ini. Mana tidaknya, sebelum ini, tidak pernah pula Papa dengar kisah pelakon jelita, Rozita Che Wan yang cukup Papa kagumi ini meminta yang bukan-bukan.

Jangan salah tafsiran pula ya. Maksud Papa adalah Rozita yang kini menjadi rebutan ramai produser filem dan drama dikatakan sudah pandai demand dan meletakkan harga yang cukup tinggi meskipun wataknya hanya sedikit sahaja.

Perkara ini terjadi apabila Rozita yang pada mulanya akan berlakon dalam filem terbaru arahan Eddie Pak yang berjudul Dimensi Cinta digugurkan kononnya Rozita meminta bayaran sebanyak RM50,000 hanya untuk enam adegan dalam filem itu.

Apabila itu terjadi, terus nama Rozita dipangkah dan digantikan dengan Catriona Ross untuk memegang watak sebagai seorang ibu dalam filem yang diangkat daripada kisah benar itu.

Amboi, takkan sampai mahal macam tu sekali bayaran yang diminta oleh Rozita? Papa tahulah sekarang ni Rozita tengah hangat dan menjadi rebutan. Tapi, tak baiklah untuk meminta harga setinggi itu hanya untuk beberapa babak sahaja.

Papa harap Rozita memandang teguran ini sebagai satu yang positif untuk memantapkan lagi kerjaya seninya. Bukan apa, bimbang nanti kalau asyik demand, orang dah tak nak ambil berlakon.

Oh, ya! Ramai yang bertanya kepada Papa, mana nak beli bulu mata yang sering dipakai Rozita itu? Bukan apa. Memang menggoda apabila mempunyai bulu mata lentik sebegitu.

1 comment:

  1. ko tu dh tue..
    sdar la sket..
    da nk mampos pon ley wat mcm2 hal lg..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: