Friday, February 27, 2009

Membeli belah seperti menggeledah?

Mariah Carey mempunyai citarasa yang tinggi.

BIARPUN dunia sedang mengalami krisis ekonomi, itu tidak menjejas penyanyi Mariah Carey untuk berbelanja besar. Beliau sanggup menghabiskan RM200,000 untuk membeli perabut saja di Melrose Avenue.

Setibanya Mariah dengan rombongannya di Kreiss Showrooms, pengawal peribadinya telah mengarahkan kedai ditutup supaya penyanyi itu dan suaminya Nick Cannon dapat membeli-belah tanpa gangguan.

Mariah telah diiringi oleh pereka dalaman Kenneth Bordewick, yang ditugaskan untuk menghias kediamannya di Los Angeles.

"Cara dia membeli belah seolah-olah tempat itu digeledah. Kedai ditutup dan pengawal peribadinya mengawal bangunan.

"Mariah tahu apa yang dia mahukan cuma dia memerlukan masa yang lama untuk membuat pilihan dan memadankan rekaan dan perabut yang dia mahukan.

"Pilihannya ialah warna krim dan coklat tua dalam rona kayu jenis rosewood dan mahogany.

"Mariah mempunyai citarasa yang cukup tinggi," kata sebuah laporan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: