Friday, February 27, 2009

'Hero' Jepun merungkai kes pembunuhan kejam

Musim ke-2 ini menyaksikan muka-muka baru mewarnai drama ini namun beberapa karaktor dari musim terdahulu akan membuat penampilan istimewa.

BARISAN 'Hero' Jepun yang cukup popular - Kimura Takuya, Tsutsumi Shinichi, Ayase Haruka, Suzuki Kosuke, Bengaru, Shiomi Sansei dan Nakai Kiichi sudahpun kembali menghiasi di 8TV sejak 22 Februari lalu, jam 3 petang.

Ini adalah edisi ke-2 drama bersiri Jepun yang cukup popular ini bersiaran.

"Jika anda masih ingat dengan drama bersiri popular Hero yang pernah ditayangkan sebelum ini, kini kami membawakan siri kedua drama ini khas untuk penonton setia kami.

"Pastinya anda ternanti-nanti apakah kes terbaru yang bakal diselasaikan oleh Kuryu dan yang pastinya pelakon utama drama ini Takuya Kimura akan membuat anda sentiasa melekat di kaca TV!" ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Musim ke-2 ini menyaksikan muka-muka baru mewarnai drama ini namun beberapa karektor dari musim terdahulu akan membuat penampilan istimewa.

Berbeza dengan musim sebelumnya, Hero-Special akan membawakan anda kehidupan Kuryu Kohei (Takuya Kimura) seorang pendakwaraya yang telah dipindahkan ke Sapporo, Hokkaido. Kuryu kemudiannya ditukarkan ke sebuah perkampungan kecil di Nijigaura.

Dari luaran, kampung ini kelihatan cukup tenang dan mendamaikan namun hakikatnya banyak gangguan dan isu yang terpaksa ditanggung oleh penduduk kampung ini.

Pada hari Kuryu dipindahkan, satu pembunuhan kejam terlah berlaku 11 tahun yang lalu. Semua penduduk ketakutan dan tiada siapa yang berani tampil ke hadapan untuk membuat kenyataan bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.

Kesudahannya, kes itu ditutup dan dibiarkan begitu sahaja.

Melihat kepayahan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi penduduk kampung, Kuryu mengambil keputusan untuk membantu penduduk kampung itu. Kuryu bertemu dengan Pegawai Daerah untuk mendapatkan keterangan dan maklumat lanjut tentang kes pembunuhan yang pernah berlaku di kampung itu.

Kuryu menyoal siasat beberapa penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat dan telah menyenaraikan beberapa suspek utama bagi kes pembunuhan itu.

Salah seorang daripada suspek itu ialah Takita Akihiko (Nakai Kiichi) yang merupakan orang yang cukup berpengaruh dan dipercayai di kampung itu. Banyak peristiwa mendebarkan dan lucu berlaku ketika Kuryu menjalankan siasatan.

Adakah Takita Akihiko orang yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan kejam itu?

Mampukah Kuryu merungkai kes itu dan membawa kes ini ke muka pengadilan?

Penonton juga dapat menonton program-program kegemaran menerusi telefon bimbit dengan melayari www.mobile.8tv.com.my!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: