Thursday, January 29, 2009

Studio Digital Mixstage Finas RM53 juta setaraf Hollywood!

ACARA Hari Terbuka Finas yang akan diadakan mulai Sabtu, 31 Januari hingga 1 Februari di Komplaks Studio Merdeka diharap dapat membuka mata orang ramai tentang peranan yang dijalankan oleh Finas selama ini.

Ia juga membuka peluang khalayak pencinta filem justeru untuk mengenali dengan lebih dekat lagi Terbuka Finas pada 31 Januari dan 1 Februari ini di Kompleks Studio Merdeka, Finas membuka ruang kepada peminat untuk lebih memahami badan itu.

Selain itu, penganjuran hari terbuka ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Finas dan pihak industri di samping meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai fungsi dan peranannya dalam memajukan industri perfileman negara.

Antara aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu ialah pameran perfileman, jualan produk perfileman, persembahan hiburan, tayangan dan diskusi filem, perjanjian persefahaman antara Finas dan History Channel, perasmian Studio Digital Mixstage, taklimat kerjaya, sesi uji bakat lakonan dan sesi artis bersama peminat.

Antara artis yang akan terbabit dalam hari terbuka Finas ini ialah AR Badul, Ellie Suriaty, Ahmad Idham, Vanidah Imran, Radhi Khalid, Noorkhiriah, Pierre Andre dan Nanu untuk sesi uji bakat.

Sesi bertemu peminat pula akan dijayakan Riezman Khuzaimi, Irma Hasmie, Aaron Aziz, Kenchana Dewi, Dafi, Jehan Miskin, Liyana Jasmay dan Farid Kamil.

Sejak penubuhannya pada 1981, Finas telah menjalankan pelbagai program pembangunan industri perfileman termasuk menyediakan Skim Latihan Industri, pembiayaan kewangan, pemasaran, penguatkuasaan skim tayangan dan pelbagai lagi.

Acara yang sama juga bakal menyaksikan majlis perasmian Studio Digital Mixstage yang menelan belanja RM53 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Masyarakat boleh melihat kelengkapan serta kemudahan canggih yang ada dalam studio berkenaan, malah saya difahamkan pembinaannya mampu menjimatkan kos antara RM250,000 hingga RM400,000 dalam penerbitan sesebuah produksi.

Kemudahan yang ada dalam studio ini setaraf dengan produksi Hollywood, bahkan akan membuat negara berbangga kerana keupayaannya yang pasti membanggakan nama Malaysia.

Pembinaannya turut mendapat khidmat nasihat daripada pakar bunyi terkenal, Dolby dan akan dikendalikan kakitangan tempatan yang menerima latihan kemahiran di negara luar.

Bagaimanapun, untuk permulaan perkhidmatan ini akan diketuai oleh pakar bunyi dari luar yang bakal melatih tenaga kerja tempatan seterusnya mengambil alih tanggungjawab itu dalam tempoh setahun dua lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: