Friday, January 30, 2009

Si kurus gila makan


LILY ALLEN


WALAUPUN nampak kurus, Lily Allen seorang wanita yang kuat makan. Katanya kepada majalah MaleFirst: "Saya banyak menghabiskan masa memikirkan apa yang saya mahu makan! Sekarang ini saya seorang yang kuat makan.

"Saya begitu sukakan makanan. Apalagi sekarang ini saya lebih selesa memasak di rumah. Bolehlah saya masak mengikut suka hati.

"Salah satu masakan kegemaran saya ialah ayam masak cara Thai ditambah dengan kelapa dan bihun."

Walaupun Lily kini sibuk bersenam, dia takut jika berat badannya naik semula apabila memulakan konsert jelajahnya pada Mac depan.

Menurutnya dalam majalah More: "Berat badan saya akan naik semula bila konsert jelajah saya bermula. Sebab masa itu saya akan makan, roti, keju dan daging."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: