Friday, January 30, 2009

Saman cuai terhadap Amy Search dibatal

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan penyanyi Amy Search untuk membatalkan saman terhadapnya berhubung dakwaan cuai sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak melecur terkena tom yam panas di Restoran Cheng Ho yang dia mempunyai kepentingan.

Hakim Sabariah Othman membatalkan saman dan tuntutan itu dengan kos setelah mendengar hujah peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar, mewakili Amy, dan peguam Adnan Seman, bagi pihak plaintif.

Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 50, hadir ke mahkamah seawal 9 pagi, dengan berkaca mata dan berkemeja hitam, ditemani isterinya Nor Hasniza Hassan, 27.

Ahmad Zaharil dalam hujahnya berkata Amy tidak patut disaman atas kapasiti sebagai individu dalam tuntutan itu kerana pemilik sebenar bagi restoran itu ialah syarikat IconHill Sdn Bhd.

Beliau berkata, anak guamnya hanyalah seorang pemegang saham dan ahli lembaga pengarah IconHill.

Sebaliknya, Adnan berhujah bahawa Amy merupakan pemilik sebenar restoran tersebut berdasarkan laporanlaporan akhbar yang disiarkan sebelum ini, yang dilampirkan dalam afidavit balasan pihak plaintif.

"Tidak ada papan tanda di restoran itu yang menunjukkan restoran itu dimiliki oleh IconHill.

"Juga terdapat keratan akhbar menyatakan isteri defendan telah mengakui liabiliti sebagai pemilik restoran itu dan bersetuju untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.

Pada 24 September lepas, kanak-kanak itu Nik Muhammad Zakwan Nik Zahir, 3 tahun, memfailkan saman dan tuntutan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil di sini melalui bapanya Nik Zahir Nik Mohd Idris, 31, kerana mendakwa pekerja Restoran Cheng Ho cuai sehingga menyebabkan bahagian belakang badannya melecur.

Pada 6 Oktober lepas, Amy memfailkan permohonan untuk membatalkan saman dan pernyataan tuntutan plaintif itu.

Di luar mahkamah, Amy berkata, beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berkata: "(Sepanjang) 25 tahun saya dalam bidang nyanyian, saya bukan orang macam itu. Saya pun tak sangka perkara itu akan dibawa sehingga ke sini."

Adnan pula berkata, pihaknya akan merayu di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

6 comments:

  1. bongokla diorg tu. sian amy. haish

    ReplyDelete
  2. mmg die org tu bongok...yg family 2 pun nk ambek kesempatan pde amy..pg hospital settle sudah lah...lg pun bknnye sngaje..konon2 dpt lah 2 juta cm yg amy dpt 2....huhuhu..dpt pulek....bodoh pnye org...xtau malu nk menumpang ats kesenangan org laen..klu nk kaye pun bkn 2 cre nye...x msuk akal langsung..lembu lah...sng2 je nk saman org...nk publisiti murahan lah tu...

    ReplyDelete
  3. Nik Zahir Nik Mohd Idris memang bodoh punya orang! tamak!

    ReplyDelete
  4. ini lah sikap tamak manusia,nak saman org tp fakta xbtl..mmgla kesian kat bdk 2,tp terima sajela takdir.apa2 pn dlm kes ni Amy bkn lah PENSALAH.

    ReplyDelete
  5. Yang heran, pekerja yang cuai knp org lain kena saman. Spttnya c pekerja yang kena saman sbb tertumpah tom yam yang panas tu. Dunia..dunia. Tapi nak saya tanya..kalau kita cuai dalam satu hari tu, adakah waktu nak memulakan kerja tu kita mmg dah berniat nak cuai. Rasanya tidak kan. Innalillahi wa inailaihi rojiun. Ramai antara kita lupa tentang ungkapan ni.

    ReplyDelete
  6. Bolehla korang cakap camtu sebab tak kene batang idung sendiri.. cuba klu anak korang yg kene.. camner.. memang la benda nak jadi tak disengajakan.. At least owner kene la take action n bertanggungjawab.. Jangan janji jer nak tolong.. tapi bile nak tuntut perubatan byk plak alasan.. Ni tgh dlm proses nak menyaman jugak nih.. http://humblelens.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: