Friday, January 30, 2009

Lewis disoal siasat


LEWIS HAMILTON dan teman wanitanya, Nicole Scherzinger.


KERANA terlalu menjaga keselamatan teman-teman, Pussycat Dolls telah menyoal siasat Lewis Hamilton sebelum dapat keluar bersama dengan vokalis mereka, Nicole Scherzinger.

Mereka mahu memastikan pelumba kereta Formula One itu seorang lelaki baik dan jujur.

Kata Melody Thornton kepada majalah Male First: "Apabila kami mendapat tahu Lewis seorang pelumba kereta, kami terkejut dan takut jika dia seorang kaki perempuan.

"Jadi kami bertanya macam-macam kepadanya. Mungkin dia lelaki yang baik. Tapi adakah dia mampu melayan Nicole dengan baik? Adakah dia membawa bunga dan menarik kerusi untuk Nicole?

"Memang kami selalu akan jadi macam ini kalau ada antara kami mempunyai teman lelaki baru. Kami sering melindungi antara satu sama lain, lebih-lebih lagi bila bercakap mengenai lelaki."

Bagaimanapun, jawapan Lewis berjaya memukau gadis-gadis itu. Apalagi dengan loghat Inggeris yang unik, mereka melihat Lewis seorang lelaki yang baik.

"Lewis seorang yang pendiam dan sopan. Yang penting dia membuatkan Nicole bahagia dan sentiasa gembira. Selain itu, kami sukakannya kerana dia orang Britain," kata Kimberly Wyatt pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: