Friday, January 30, 2009

Gim eksklusif Gwyneth Paltrow


GWYNETH PALTROW


AKHIRNYA, impian Gwyneth Paltrow untuk membuka sebuah gimnasium eksklusif tercapai.

Ibunya, Blythe Danner memberitahu akhbar majalah MaleFirst, beratus orang telah pun mendaftar sebagai ahli gimnasium pelakon itu.

"Gwyneth telah berjaya mendapatkan ahli seramai 800 orang. Saya harap, saya juga dapat menjadi ahli! Saya belum melihat gimnasium itu lagi. Tapi saya yakin ia akan kelihatan cantik dan bergaya," katanya.

Bintang Iron Man yang popular dengan bentuk tubuh badan yang menarik, akan mengekalkan stamina dengan jurulatihnya, Tracy Anderson.

Wakil Gwyneth juga mengesahkan, pelakon itu akan bergabung dan menjadi rakan kongsi bagi perniagaan gimnasium mereka yang dibuka di Tribeca.

Mereka yang baru saja menghasilkan DVD senaman tahun lalu, akan membuat pelancaran pembukaan gimnasium di sekitar Eropah, Asia dan Australia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: