Friday, January 30, 2009

Dengarnya...: Single pertama Erra mula diputarkan



Erra Fazira

CAKAP mengenai ABPBH 2008 Untuk Gaza, dalam sarat mengandung, esok Erra Fazira dan suaminya Engku Emran akan turun padang pada sebelah petang untuk sama-sama melelong barang bagi menyalurkan ke Tabung NSTP Untuk Gaza.

Tengok betapa kuat komitmen Erra, dia sanggup datang memeriahkan majlis juga. Cik Normah tengok Erra bukan main berseri-seri dengan kandungannya kini yang sudah mencecah lapan bulan. Insya-Allah hujung Mac nanti Erra dijangka melahirkan bayi sulungnya.

Cik Normah dapat tahu syarikat rakaman naungan Erra kini iaitu Suria Records sudah mula memutarkan lagu pop berjudul Ku Terima. Lagu itu hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan liriknya nukilan Fitri. Baguslah macam itu, setidak-tidaknya peminat Erra masih dapat melepaskan rindu terhadap lagu nyanyiannya. Kalau tak silap Cik Normah, proses penghasilan album Erra akan bermula sekitar Jun ini, selepas Erra selesai berpantang. Klip video lagu ini juga siap dirakam dan menunggu masa untuk disiarkan di kaca TV.

Alang-alang menyebut mengenai Suria Records, Cik Normah nak tanya sikit apa dah jadi dengan nasib Nita. Sejak sekian lama, nampaknya syarikat rakaman ini semakin berdiam diri dan Cik Normah pun kurang pasti apa akan jadi kepada kerjaya nyanyian Nita. Jangan digantung tak bertali sudahlah, kasihan pula dekat Nita. Mujurlah kekasih hatinya, Zahid ada di sisi, setidak-tidaknya Nita boleh berkongsi suka duka dengannya.

Nita ada pakej yang baik tapi kenapa tak digunakan sebaik mungkin. Cik Normah faham dunia seni sekarang ada turun naiknya. Adakalanya rezeki tak menyebelahi kita, tapi sebagai manusia biasa tak salah kita terus mencuba. Artis baru syarikat ini iaitu Indah Ruhailah pun macam senyap jer. Hai takkan nak mengikuti jejak Saidatul Erma, Natasya dan kumpulan Lips kot yang terus berlalu sepi.

Buat Nita, Cik Normah harap dia akan kuatkan semangat. Jangan sesekali berputus asa ye. Ni apabila Nita nak mencuba bakat sebagai model. Cik Normah rasa ketinggian dan wajah eksotik Nita sudah memadai untuknya bergelar model. Cik Normah pun dulu pernah bergelar model dan membuat peragaan di luar negara. Tapi itu masa zaman muda Cik Normahlah, sekarang dah tak buat lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: