Thursday, January 29, 2009

Axl's masih hot

altSudah beberapa tahun kumpulan AXL's menyepi. Masing-masing bawa hal sendiri. Tapi lagu mereka tetap hangat.

Lagu lama mereka Akulah Kekasihmu menjadi antara lagu rock era 1990-an yang masih popular. Masih laku lagu itu dalam album kompilasi.

Malah apabila ada youtube lagu mereka juga antara yang dapat rating hit yang tinggi. Ramai yang mendegar lagu tersebut di Internet.

"Saya pun tak tahu lagu itu rupa-rupanya masih banyak peminat. Sebab itulah saya bakal muncul semula menghasilkan lagu baru," kata penyanyi utamanya Elly kepada Mangga Online.

Sekarang AXL's ada barisan baru kerana anggota asal sudah membawa haluan sendiri. Elly akan bersama-sama Rizz (dram), Attar (gitar utama) dan Topek (gitar kedua) dalam gernerasi baru AXL's nanti.

"Sebab populariti lagu itu di Internetlah maka kami masih dapat perhatian syarikat rakaman untuk muncul kembali," kata Elly lagi.

Elly sendiri sangat teruja untuk muncul kembali apabila mengetahui lagu nyanyian mereka masih diminati oleh golongan anak muda yang meminati muzik yang mereka bawakan.

"Tunggulah kemunculan lagu terbaru AXL's tahun ini," kata Elly yang masih mampu menyanyi dengan baik walaupun sudah lama tak aktif.

3 comments:

Tinggalkan Komen Anda Sini: